MALAYSIA
Aliran trafik Lebuhraya PLUS lancar menuju Kuala Lumpur

Kenderaan yang memasuki Kuala Lumpur dari arah selatan tanah air menggunakan lebuhraya PLUS kelihatan ada sedikit penambahan namun ia masih lagi didalam keadaan terkawal. - fotoBERNAMA
Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bergerak lancar hari ini walaupun jumlah kenderaan yang menuju ke ibu negara bertambah sejak jam 1 petang tadi.
Pengurus Besar Operasi PLUS, Norbayati Manap menjelaskan, kebanyakan pengguna lebuh raya telah kembali ke ibu negara secara berperingkat sejak Selasa lalu, sekaligus mengurangkan jumlah kenderaan semasa.
Katanya, kenderaan bergerak perlahan di beberapa lokasi terutama di kawasan mendaki dan terowong, pada hari kelapan Syawal ini, susulan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Ahad minggu lalu.
"Keadaan terkawal dan tiada sebarang kemalangan serius yang berlaku. Hanya kemalangan kecil dan pihak kami dapat mengawal aliran trafik dan ia kembali lancar di beberapa kawasan," katanya kepada Astro AWANI.
Dianggarkan hampir dua juta kenderaan melalui rangkaian Lebuhraya PLUS pada hari puncak iaitu pada 23 dan 24 Jun lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami