MALAYSIA
Aliran trafik Lebuhraya Utara-Selatan mulai sibuk
Sudah masuk Raya Aidilfitri kelima dan aliran trafik di lebuh raya utama di sekitar tanahair sudah mulai sesak.
Kadar trafik di kebanyakan lebuh raya utama negara dijangkakan dilihat sebagai hari kemuncak, berikutan sekolah mula dibuka pada hari Rabu.
Berikut adalah antara maklumat yang diterima menerusi akaun Twitter Astro Traffic (@astrotraffic), PLUS Berhad (@plustrafik), portal CCTV lebuh raya www.jalanow.com, aplikasi Waze dan laporan terkini daripada wartawan lokasi Astro AWANI.
Jika anda sedang dalam perjalanan pulang ke ibu kota, kongsi laporan trafik sekitar anda bersama kami di akaun rasmi Astro AWANI, Twitter @501awani dan Facebook www.facebook.com/astroawani.
Kelihatan lebuh raya mula sesak berikutan beberapa kemalangan dilihat menganggu aliran trafik serta menghalang lorong.
Keadaan trafik di seluruh lebuhraya utama di Malaysia setakat jam 9 pagi Isnin. Trafik dilihat berjalan lancar
Dilaporkan terdapat kemalangan di km 403.9 (arah utara) pada jam 0630 pagi. Namun tiada lorong terhalang dan trafik masih lancar.
PLUS melaporkan kemalangan pada km 217.9 arah selatan yang menyebabkan beransur trafik perlahan.
Sementara itu, pengguna media sosial masih mengongsikan gambar-gambar pemandu tidak berhemah yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya sejak semalam.
Berikut merupakan rangkuman kiriman dari semalam sehingga jam 9 pagi Isnin.

Kesalahan Lebuhraya

Kesalahan Lebuhraya 2

Kesalahan Lebuhraya 3

Kesalahan Lebuhraya 4

Kesalahan Lebuhraya 5

kesalahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami