awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
'Alhamdulillah… Medina stabil selepas pemindahan hati'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini

Bernama
Bernama
22/10/2022
07:21 MYT
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini
Pandulah dengan berhati-hati pada musim perayaan ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat 2.30 petang ini berikutan cuti panjang sempena perayaan Deepavali Isnin ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik perlahan dari Senai menghala Pulai, Jasin ke Ayer Keroh, Port Dickson ke Senawang, Putra Mahkota ke Seremban dan Seremban ke Port Dickson.
Menurutnya, bagi arah utara negara, aliran trafik perlahan di Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Gopeng menghala Hentian Sebelah Simpang Pulai dan Bandar Baru ke Jawi.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik perlahan sejauh 14 kilometer masing-masing dari Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Bentong.
Bagaimanapun, katanya aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 pula setakat ini masih lancar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter melalui www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#trafik
#lebuh raya
#perayaan
#Deepavali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan