MALAYSIA
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini
Aliran trafik dari arah utara pula dilaporkan semakin perlahan selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju pusat bandar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala Lembah Klang bergerak perlahan setakat 6.30 petang, ekoran pertambahan kenderaan susulan cuti persekolahan berakhir hari ini serta hujan lebat di sekitar ibu negara.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan perlahan dari Permatang Pauh ke Perai serta Tapah ke Sungkai.
Aliran trafik dari arah utara pula dilaporkan semakin perlahan selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju pusat bandar.
"Di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) laluan E2 arah selatan, trafik perlahan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale serta Simpang Renggam ke Kulai.
"Di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), trafik arah utara juga agak perlahan dari Kota Damansara ke Bukit Lanjan susulan insiden sebuah treler terbakar di Kilometer 21.9 menyebabkan lorong kiri terhalang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Turut dilaporkan perlahan aliran trafik di Tambak Johor arah utara dari Woodlands ke Johor Bahru dan di Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) arah selatan dari Tuas ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Abu Bakar.
Sementara itu, di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), aliran trafik perlahan dari Bentong ke Lentang serta Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752, WhatsApp LLM Info Trafik, aplikasi X dan TikTok @llmtrafik, Facebook rasmi LLM, portal www.llm.gov.my, aplikasi TUJU manakala aplikasi MyJalan bagi aduan kerosakan.
-- BERNAMA