NATIONAL
Aliran trafik tinggi di lebuh raya utama petang ini
Kenderaan bertambah namun bergerak lancar menuju ke ibu kota ketika tinjauan sempena cuti sambutan Hari Krismas di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Plaza Tol Jalan Duta hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik tinggi di lebuh raya utama setakat 5 petang ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan orang ramai memanfaatkan cuti panjang sempena Krismas dan cuti sekolah untuk berjalan-jalan bersama keluarga dan pulang ke kampung.
Sementara itu, trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) juga dilaporkan perlahan sepanjang enam kilometer menghala timur dari Gombak ke Genting Sempah.
Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya pula memaklumkan terdapat kemalangan di KM21.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah utara dari Bandar Gamuda Cove ke Putrajaya.
-- BERNAMA