awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu

Faida Rahim
Faida Rahim
14/11/2024
07:00 MYT
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
Semalam, memasuki hari keenam proses rakaman keterangan terhadap pasangan pengasas FashionValet itu dijalankan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).

Ringkasan AI
  • SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas FashionValet.
  • Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 14 individu dan menjangka menyelesaikan siasatan dalam tempoh dua minggu lagi.
  • Siasatan ini berhubung transaksi akaun mencurigakan yang melibatkan kerugian pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM43.9 juta dalam FashionValet.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan masih diteruskan ketika ini dan pihak SPRM sudah merakam percakapan 14 individu sebelum ini.
"Siasatan masih diteruskan dimana setakat ini sudah 14 orang sudah dirakam percakapan. Jangkaan ada empat lagi percakapan," katanya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu Azam berkata, pihak SPRM akan cuba melengkapkan siasatan mengenainya dalam tempoh dua minggu lagi.
Semalam, memasuki hari keenam proses rakaman keterangan terhadap pasangan pengasas FashionValet itu dijalankan.
Ia setelah SPRM sebelum ini mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Khazanah
#SPRM
#FashionValet
#Vivy Yusof
#PNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan