awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

All Stars Gegar Vaganza: Konsert akhir bakal tampilkan Ella, Dayang Nurfaizah dan Aina Abdul

Gempak
Gempak
27/11/2023
04:20 MYT
All Stars Gegar Vaganza: Konsert akhir bakal tampilkan Ella, Dayang Nurfaizah dan Aina Abdul
Penyanyi terkenal Ella, Dayang Nurfaizah dan Aina Abdul bakal membuat penampilan istimewa di konsert akhir ASGV nanti. -Gempak
PROGRAM All Stars Gegar Vaganza (ASGV) mengumumkan penyanyi terkenal iaitu Ella, Dayang Nurfaizah dan Aina Abdul bakal membuat penampilan istimewa di konsert akhir nanti.
Berita itu dimaklumkan oleh hos ASGV, Nabil Ahmad dan Jihan Muse di konsert suku akhir malam tadi.
Selain tiga nama besar itu, terdapat lagi seorang tetamu istimewa iaitu bintang antarabangsa.
Jadi anda sendiri boleh merasai pengalaman malam kemuncak ASGV yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.
Sebanyak tujuh kategori tiket telah diumumkan iaitu kategori All Stars, Gegar, Vaganza, Vazz, Terangkat, Menyengat dan Bintang.
Harga-harga tiket adalah seperti berikut: All Stars RM688, Gegar RM468, Vaganza RM368, Vazz RM288, Terangkat RM188, Menyengat RM128, dan Bintang RM88.
Bagi pembeli tiket All Stars berharga RM688, caj tiket sebanyak RM4 bakal dikenakan.
Begitupun, pemegang tiket ini layak menyertai sesi Meet & Greet yang akan diadakan pada hari sama pukul 3 hingga 5 petang di Axiata Arena.
Selain itu, pemegang tiket juga bakal menerima merchandise All Stars Gegar Vaganza.
Istimewanya, 10 peratus daripada hasil jualan tiket bakal disalurkan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin.
Sementara itu, pelanggan Astro boleh menikmati diskaun sebanyak RM100 dengan pembelian tiket dilakukan menerusi aplikasi MyAstro.
Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir ASGV yang akan bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 10 Disember depan.
Dapatkan tiket di Ticket2u.com.my sekarang. -Gempak
Topic Berkaitan
#All Stars Gegar Vaganza
#Ella
#konsert akhir
#Aina Abdul
#Dayang Nurfaizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan