awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Allahuakbar, Astaghfirullah..." laungan suami kelar isteri di mahkamah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
04/06/2025
02:20 MYT
"Allahuakbar, Astaghfirullah..." laungan suami kelar isteri di mahkamah
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak kira-kira pukul 8.25 pagi Rabu dengan dikawal oleh anggota polis. - Gambar Astro AWANI
TANGKAK: Lelaki yang dipercayai mengelar leher isterinya sehingga maut sebelum cuba membakar kediaman mentuanya direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Tangkak hari ini.
Perintah tahanan reman sehingga 10 jun terhadap suspek berusia 33 tahun itu, dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat.
Penahanan itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun sama.
Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak kira-kira pukul 8.25 pagi dengan dikawal oleh anggota polis sebelum dibawa keluar 30 minit kemudian.
Suspek ketika berada di dalam lokap turut kedengaran melaungkan kalimah syahadah serta beristighfar berkali-kali dengan nada suara tinggi.
Lelaki yang memakai pakaian lokap berwarna ungu itu turut menjerit-jerit sambil merengus seolah-olah sedang menahan kesakitan.
Semalam, Astro AWANI melaporkan suspek yang merupakan penganggur dilaporkan ditahan selepas dipercayai mengelar leher isterinya sehingga maut di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir pada Isnin.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang Isnin dan menyimpan mayat isterinya di rumah dengan ditutup menggunakan selimut.
Suspek dipercayai turut cuba membakar rumah ibu mentuanya di Kebun Baru, Durian Chondong, di sini, pagi semalam yang terletak kira-kira 40 kilometer dari kediamannya.
Tindakan suspek itu bagaimanapun tidak berjaya dan hanya sempat membakar beberapa kenderaan yang berada di bahagian luar rumah.
Suspek kemudian berjaya diberkas polis selepas pulang ke kediamannya di Bukit Gambir kira-kira pukul 7 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Topic Berkaitan
#suami kelar isteri
#Allahuakbar
#Astaghfirullah
#bakar rumah mentua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan