Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di sini.
MALAYSIA

"Allahyarham Bung Moktar ajar saya erti sebenar perjuangan, kesetiaan" - Dr Akmal

Astro Awani 05/12/2025 | 00:20 MYT
Menurut Dr Akmal (gambar kecil), sikap Allahyarham Bung Moktar yang sentiasa positif serta tidak lokek dengan senyuman antara kenangan baik yang ditinggalkan pejuang politik itu.
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh antara rakan seperjuangan yang tidak ketinggalan terkesan dengan pemergian Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ke rahmahtullah awal pagi ini.

Menurut Dr Akmal, sikap Allahyarham Bung Moktar yang sentiasa positif serta tidak lokek dengan senyuman antara kenangan baik yang ditinggalkan pejuang politik itu.

"Pemergianmu sangat dirasai. Baik dari kawan mahupun lawan. Terlalu banyak kisah antara kita berdua yang mengajar saya erti sebenar perjuangan dan kesetiaan dalam persahabatan.

"Seorang hamba Allah yang sentiasa positif disetiap waktu,dan murah dengan senyuman walaupun kita tahu dugaan yang besar sedang beliau hadapi. Moga Allah tempatkan arwah Datuk Bung di kalangan kekasih Allah," kata Dr Akmal dalam hantaran di akaun media sosial beliau, hari ini.

Awal pagi ini, seluruh Sabah berduka dengan berita pemergian Allahyarham Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lemag.

Berita pemergian Bung Moktar dikongsi anak Allahyarham iaitu Naim Kurniawan Moktar di akaun Facebooknya.

Allahyaharm Bung Moktar berusia 66 tahun.







#Bung Moktar Radin #Bung Moktar meninggal dunia #Ketua Pemuda UMNO #Ahli Parlimen Kinabatangan