awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Allahyarham Noor Farida selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
27/06/2024
23:20 MYT
Allahyarham Noor Farida selamat dikebumikan
Jenazah Noor Farida selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Noor Farida Ariffin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pada jam 5.39 petang, semalam.
Adik beliau Zainil Anuar Ariffin, 72, berkata Allahyarham meninggal dunia di Institut Kaji Saraf Tunku Abdul Rahman, Hospital Kuala Lumpur kerana ketumbuhan di bahagian otak.
Allahyarham Noor Farida menghembuskan nafas terakhir pada 1.30 tengah hari semalam selepas seminggu berada di hospital berkenaan, menurutnya.
"Minggu lepas Allahyarham sudah buat Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan doktor nasihat tidak boleh buat apa-apa kerana ketumbuhannya semakin besar dan faktor umur beliau yang sudah lanjut," katanya kepada Bernama.
Jenazah Noor Faridah selesai disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru di sini pada pukul 5.12 petang.
Noor Farida yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Belanda dari tahun 2000 hingga 2007 itu merupakan tokoh cukup dikenali dalam sistem perundangan serta kehakiman negara dan pernah mewakili negara sebagai Ejen Bersama Malaysia bagi kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Noor Farida Ariffin
#kebumi
#meninggal dunia
#Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan