Tentunya dikalangan bekas pemain bolasepak Malaysia dan Kedah tidak mungkin akan melupakan keakraban dan komitmen Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dengan dunia bola sepak.
Bekas kapten hijau kuning Muhamad Radhi Mat Din adalah antara yang memiliki kenangan peribadi bersama sepanjang kariernya dalam dunia bola sepak.
Menceritakan detik-detik bersama Almarhum kepada Astro Awani dalam satu temu ramah, Radhi nyata tidak dapat menyembunyikan rasa hiba di atas kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Halim semalam.
Detik pengalaman bersama Almarhum pantas menerjah ke dalam fikirannya.
"Saya masih ingat pada Satu ketika pasukan kami (Kedah) tewas dalam perlawanan final Piala Malaysia dengan Kuala Lumpur. Sewaktu saya naik ke pentas saya nampak riak wajah Almarhum agak sedih namun ketika di depannya Almarhum senyum dan menepuk bahu saya. Saya faham kekecewaannya namun dia (Almarhum) tetap bagi kami semangat."
"walaupun tewas ketika pulang Almarhum tetap meraikan kami satu pasukan. Almarhum tidak pernah salahkan kami.Itu yang buat kan kami selalu tekad untuk beri kejayaan kepada Kedah untuk balas kembali kekecewaannya".
[LAPOR LANGSUNG] Istiadat pemakaman Almarhum Sultan Abdul Halim
Radhi juga berkongsi cerita bagaimana Almarhum Sultan Abdul Halim jarang menghampakan jemputan para pemain bola sepak hijau kuning.
"Saya masih lagi ingat ketika saya berkahwin dulu saya pernah menjemputnya untuk hadir ke perkahwinan kami. Tak sangka Almarhum berkenan dan hadir ke majlis kami. Begitulah juga dengan pemain-pemain lain yang pernah menjemputnya (Almarhum) ke perkahwinan Mereka dan Baginda hadir"
Sementara itu bekas Kapten Malaysia Datuk Soh Chin Aun turut melahirkan nada yang sama ketika mengetuai bola sepak negara terutamanya di era Pesta Bola Merdeka.
"Saya masa tu kapten Malaysia, banyak pasukan hebat kita lawan dan Almarhum ketika itu adalah Yang Dipertuan Agong. Saya masih ingat setiap kalungan pingat dan piala yang Almarhum sampaikan".
"Begitu juga masa saya dengan pasukan Selangor. Bila lawan Kedah biasanya Almarhum ada menyaksikan pasukan hijau kuning bertanding," tambahnya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Sep 12 2017

Radhi (kiri) bersama-sama dengan Almarhum Sultan Abdul Halim sebelum perlawanan Kedah melawan Selangor tidak lama dahulu. - FotoBERNAMA

Dewan Negara lulus RUU Perkhidmatan Parlimen 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan beberapa Ahli Dewan Negara.

Jangkitan paru-paru Paus Francis 'terkawal' - Vatican
Kesihatan Paus Francis dilaporkan bertambah baik, menurut kenyataan Vatican pada Rabu.
AWANI Borneo [20/3/2025] – Operasi SAR tamat| Kesan luruan monsun| Rumah panjang terbakar
AWANI Borneo Khamis, 20 Mac 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
40 Rumah Mesra SMJ bakal dibina di Putatan tahun ini
Sebagai tambahan kepada 61 Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang siap dibina di Putatandari tahun 2022 hingga 2024, 40 buah lagi rumah tambahan akan dibina tahun ini.
Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
Mayat Susie Kiu. kanak-kanak yang hilang selepas terjatuh di Batang Mukah ditemui orang ramai terdampar di Pantai Kala Dana tujuh kilometer dari lokasi kejadian.
Perkembangan banjir: Air naik mendadak di Sandakan susulan hujan lebat berterusan
Di Sabah hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Final Piala Malaysia ditukar kepada 26 April - MFL
Tarikh aksi final Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta'zim dan Pahang FC ditukar kepada 26 April di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
LKIM ambil tindakan tegas sekiranya berlaku penyelewengan minyak
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil menegaskan antara tindakan yang bakal diambil terhadap nelayan yang terlibat menyeleweng minyak termasuk membatalkan lesen dan menutup premis jeti jualan nelayan.
Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kebakaran berkenaan melibatkan 27 daripada 30 pintu rumah panjang struktur tidak kekal.

Indeks Kebahagiaan Malaysia meningkat hampir 90 peratus - Nga
Indeks Kebahagiaan Malaysia meningkat kepada 88.84 peratus tahun ini berbanding 83.34 peratus pada 2020, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Astro meriahkan Syawal dengan 160 program raya, Nyam Nyam Ketupat jadi tumpuan
Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih meriah dengan lebih 160 program eksklusif yang disediakan di Astro, merangkumi drama, konsert, rancangan komedi serta pelbagai kandungan hiburan.

Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

Astro Audio sambut baik keputusan MCMC tidak gantung lesen radio
Astro Audio menyambut baik keputusan MCMC tidak menggantung lesen penyiaran radio Maestra Broadcast Sdn Bhd (Maestra).

Astro penyiar rasmi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025
Astro diumumkan selaku penyiar rasmi bagi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025 yang akan membuka tirainya di Velodrom Nasional Nilai pada 21 hingga 27 Februari depan.

GV11: Pentas akhir terbesar gabung artis legenda Malaysia, Singapura dan Indonesia
Malam kemuncak Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang akan berlangsung malam ini bakal menjadi pentas persembahan yang penuh gilang-gemilang.

Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.

Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.