Almarhum Sultan Kedah seorang yang amat disanjung tinggi - Perdana Menteri

Azyyati Ahmad
September 11, 2017 10:24 MYT
Perdana Menteri akui bahawa Almarhum Baginda adalah seorang Sultan yang peramah, mesra, berhemah tinggi dan amat disayangi rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa dukacita atas berita kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Dalam twit terbaru, Perdana Menteri akui bahawa Almarhum Baginda adalah seorang Sultan yang peramah, mesra, berhemah tinggi dan amat disayangi rakyat.
Beliau juga sangat rapat dengan Almarhum Baginda.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Sy berasa sedih & dukacita trm berita kemangkatan Sultan Kedah. Almarhum Tuanku & sy mempunyai hbgn akrab

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Almarhum Tuanku seorang Raja Pemerintah yg disanjung tinggi sepjg tempoh mnyandang jwtn SPB YDP Agong bg 2 penggal & jg sbg Pemerintah Kedah

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Almarhum Tuanku juga seorang yang peramah, mesra, berhemah tinggi dan amat disayangi rakyat.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, beberapa pemimpin utama negara seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menghulurkan salam takziah atas kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.

Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita kemangkatan DYMM Sultan Abdul Halim. Semoga roh Allahyarham Baginda dicucuri rahmat.Al Fatihah.

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) September 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Salam takziah buat seluruh keluarga, kerabat Almarhum Tuanku & seluruh rakyat Kedah. Semoga dicucuri Rahmat Allah SWT. Al Fatihah. pic.twitter.com/PjQu7ZvD8R

— Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) September 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Hishammuddin Hussein #Najib Razak #Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah #Sultan Kedah #Yang di-Pertuan Agong #Zahid Hamidi