awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Al-Sultan Abdullah titah acara, sambutan ulang tahun keputeraan ditangguh - SUK Pahang

Bernama
Bernama
19/07/2021
08:05 MYT
Al-Sultan Abdullah titah  acara, sambutan ulang tahun keputeraan ditangguh - SUK Pahang
Al-Sultan Abdullah bertitah pengecualian hanya diberikan bagi penganjuran majlis kesyukuran dan doa selamat yang boleh dianjurkan secara maya.
KUANTAN: Semua acara dan sambutan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-62 pada 30 Julai ini ditangguhkan selaras dengan situasi pandemik COVID-19.
Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang bertitah supaya acara dan sambutan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka ditangguhkan.
Al-Sultan Abdullah bertitah pengecualian hanya diberikan bagi penganjuran majlis kesyukuran dan doa selamat yang boleh dianjurkan secara maya.
"Seri Paduka juga bertitah supaya tiada ucapan sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan baginda diterbitkan di media cetak atau papan iklan.
"Sebaliknya, ia boleh dibuat secara dalam talian di laman web jabatan, syarikat atau mana-mana medium yang tidak melibatkan sebarang kos," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Sallehuddin berkata Seri Paduka menitahkan supaya peruntukan bagi menerbitkan ucapan itu sebaiknya disalurkan kepada tabung yang disediakan kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Pahang
#Pahang
#COVID-19
#pandemik
#Ulang Tahun Keputeraan
#Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan