awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alumni YSS diiktiraf Duta Perpaduan mulai tahun depan - Aaron

Bernama
Bernama
22/10/2023
22:20 MYT
Alumni YSS diiktiraf Duta Perpaduan mulai tahun depan - Aaron
Aaron berkata Malaysia bukan sahaja berkembang maju dalam aspek kepelbagaian, malah merupakan sebuah negara yang secara aktif menyokong dan menggalakkan kesukarelawanan, mewujudkan impak yang berkekalan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sukarelawan alumni Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) akan diiktiraf sebagai Duta Perpaduan mulai tahun depan kerana peranan penting mereka dalam memupuk perpaduan melalui pelbagai aktiviti seperti program pasca bencana, budaya masyarakat dan pusat tuisyen bersama masyarakat.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang di program International Volunteer Co-operation Organizations (IVCO) 2023, di sini pada Ahad malam.
"Kini Kerajaan Selangor dan Johor telah pun melaksanakan inisiatif Duta Perpaduan dalam kalangan belia. Duta Perpaduan ini memainkan peranan penting untuk mengurangkan ketegangan agama dan etnik dalam masyarakat setempat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis itu.
Beliau berkata Malaysia bukan sahaja berkembang maju dalam aspek kepelbagaian, malah merupakan sebuah negara yang secara aktif menyokong dan menggalakkan kesukarelawanan, mewujudkan impak yang berkekalan.
Aaron mengakui bahawa Malaysia juga merupakan antara model terbaik hab sukarelawan di rantau ini dan kini terdapat banyak organisasi atau inisiatif kesukarelawanan di bawah pelbagai kementerian seperti Yayasan Sukarelawan Siswa, Rakan Muda dan IMPACT Malaysia.
IVCO 2023 buat pertama kali dianjurkan di Kuala Lumpur dengan 178 peserta dari lebih 51 negara dengan pelbagai latar belakang, terlibat dalam aktiviti sukarelawan antarabangsa dalam kalangan belia.
Persidangan itu menghimpunkan pemimpin global, penggubal dasar, sukarelawan dan organisasi dari seluruh dunia untuk mendalami tema, "A New Generation of Volunteers as Changemakers" (Generasi Sukarelawan Baharu sebagai Perintis Perubahan).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alumni YSS
#Yayasan Sukarelawan Siswa
#Duta Perpaduan
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan