MALAYSIA
Amah yang sudah berkhidmat tidak terjejas dengan pelan Indonesia
Pembantu rumah Indonesia yang sudah bekerja, tidak akan terjejas dengan rancangan negara itu untuk tidak menghantar wanita negaranya untuk bekerja sebagai pembantu rumah yang tinggal bersama majikan.
Pembantu rumah Indonesia yang sudah bekerja, tidak akan terjejas dengan rancangan negara itu untuk tidak menghantar wanita negaranya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di luar negara yang tinggal bersama majikan.
Menurut laporan portal Straits Times Singapura, langkah itu hanya akan membabitkan pembantu yang belum bekerja, manakala pembantu rumah yang sudah bekerja di luar negara dan gembira dengan majikan mereka, masih boleh memanjangkan tempoh visa mereka.
Memetik pengarah perlindungan dan penempatan pekerja Indonesia di luar negara dari Kementerian Tenaga Manusia Indonesia, Soes Hindharno, laporan itu berkata langkah itu hanya akan dilakukan selepas mesyuarat dengan pihak berkuasa di negara-negara yang menerima pembantu rumah.
Katanya, langkah itu akan dilaksanakan dalam beberapa fasa.
Pelan ini selaras dengan kepercayaan Presiden Indonesia Joko Widodo yang pernah dipetik sebagai berkata melakukan kerja-kerja seperti menjadi pembantu rumah di luar negara menjejaskan kebanggaan dan maruah Republik tersebut.
Rancangan menghentikan penghantaran pembantu rumah Indonesia ke luar negara menjelang 2017 (The Domestic Worker Roadmap 2017) telah diumum oleh pentadbiran sebelum ini pada 2012, di mana dalam masa lima tahun, tiada pembantu rumah akan dihantar ke luar negara.
Ia adalah untuk melindungi kepentingan rakyat di negara itu.
Di bawah rancangan itu, kerajaan Indonesia bercadang untuk menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjanya, supaya mereka akan dihantar ke negara-negara yang memerlukan perkhidmatan mereka, sebagai pekerja separuh mahir.
Selain itu, rancangan itu juga akan memastikan pembantu rumah untuk bekerja pada waktu yang tetap, mendapat cuti umum dan hari-hari cuti.
Sementara itu, The Star melaporkan bahawa Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) mahu Indonesia untuk meningkatkan kemahiran pekerjanya yang 'supaya mereka boleh menjadi penjaga khusus atau pengasuh terlatih’.
Memetik kata-kata Presiden Papa, Jeffrey Foo, laporan itu berkata sekiranya pembantu rumah mempunyai kemahiran khusus seperti itu, mereka boleh menjangkakan gaji lebih RM1,000.
Beliau menambah bahawa bilangan pembantu rumah Indonesia telah menurun secara drastik sejak tujuh tahun yang lalu daripada kira-kira 300,000 kepada hanya 50,000.
Malaysia merupakan antara negara-negara yang terkenal dengan kes penderaan pembantu rumah .
Antara kes penderaan yang teruk adalah kes Nirmala Bonat yang didera oleh bekas majikannya Yim Pek Ha termasuk mencurahkan air panas ke atas badannya dan menekap seterika panas ke kulitnya.
Nirmala kemudiannya membuat saman sivil terhadap Yim untuk menuntut ganti rugi khas bagi perbelanjaan perubatan, kehilangan pendapatan, kos pengangkutan dan perbelanjaan asas yang lain.