awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK siap sedia hadapi "bom cuaca" susulan Ribut Goretti melanda
Hamas sedia mudahkan penyerahan pentadbiran Gaza kepada badan bebas
Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amalan minum 'kopi kuat' umpama meneguk racun - exco kesihatan Kedah

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2017
04:14 MYT
Amalan minum 'kopi kuat' umpama meneguk racun - exco kesihatan Kedah
Amalan mengambil kopi yang dicampurkan dengan bahan perangsang seks seperti Sildenafil, Tadalafil dan Vardenafil ibarat meneguk racun. -Foto freeimages.com
Amalan mengambil kopi yang dicampurkan dengan bahan perangsang seks seperti Sildenafil, Tadalafil dan Vardenafil ibarat meneguk racun.
Penggunaan bahan yang diklasifikasikan racun berjadual itu memberi kemudaratan kepada pengguna, antaranya membuatkan pengguna rasa berdebar.
Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong mendedahkan terdapat pelbagai jenama minuman kopi campuran keluaran tempatan dan import yang dipercayai mengandungi bahan terlarang yang diharamkan penjualannya.
Bagaimanapun permintaan tinggi dalam kalangan pengguna membuatkan ia masih dijual di pasaran.
“Banyak pengguna yang tidak tahu dan tertarik kerana beranggapan bahawa minuman ini boleh membantu menguatkan badan, meningkatkan ‘performance’, jadi mereka akan terus mengambilnya.
“Ini cara mereka menarik pelanggan tanpa menghiraukan kesihatan pelanggan,” kata Leong.
Tambahnya, pengguna akan menjadi ketagihan dan menderita sakit kepala jika meninggalkannya.
Kementerian Kesihatan, katanya, kini giat memantau penjualan dan pembelian produk-produk terlibat.
Topic Berkaitan
#bahan perangsang seks
#Kementerian Kesihatan
#seks
#sildenafil
#tadalafil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan