KUALA LUMPUR: Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ketika menghadiri aktiviti-aktiviti kebiasaan seperti solat tarawih di masjid, perhimpunan majlis ilmu dan majlis berbuka puasa, orang ramai perlu terus beringat bahawa virus COVID-19 serta virus lain seperti Influenza masih ada.
Katanya antara langkah-langkah kesihatan awam yang boleh diambil termasuk memakai pelitup muka sekiranya bergejala terutama di kawasan ramai orang dan sesak; kerap mencuci tangan terutama selepas bersalaman atau membawa sanitasi tangan serta mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul.
"Jemaah juga digalakkan membawa sejadah sendiri dan pakaian solat bagi jemaah wanita untuk ke masjid manakala individu bergejala digalakkan mengamalkan penilaian risiko kendiri (TRIIS) dan elakkan berada di kawasan awam.
"Individu positif COVID-19 dilarang menghadiri aktiviti sosial dan segera dapatkan rawatan jika gejala bertambah teruk," katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia di sini, pada Selasa.
Dr Noor Hisham juga menasihati orang ramai supaya mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang sepanjang berpuasa bagi memastikan kesihatan optimum selain meningkatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit terutama COVID-19.
Katanya pengambilan kalori secara berlebihan dan tidak aktif boleh meningkatkan risiko obesiti dan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, kanser dan penyakit jantung.
Mengenai status terkini COVID-19, Dr Noor Hisham berkata kes baharu bagi tempoh 12 hingga 18 Mac lepas meningkat 18 peratus iaitu 1,848 berbanding 1,566 pada minggu sebelumnya sekali gus menjadikan kumulatif kes baharu sejak 25 Jan 2020 berjumlah 5,047,040.
Dr Noor Hisham berkata bilangan kes sembuh pula menurun 13.7 peratus iaitu daripada 1,423 kes kepada 1,228 kes manakala bilangan kes kematian meningkat 150 peratus iaitu daripada dua kes kepada lima kes.
Katanya ia menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 5,000,457 manakala kes kematian kini 36,972.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Ketika menghadiri aktiviti-aktiviti kebiasaan seperti solat tarawih di masjid, perhimpunan majlis ilmu dan majlis berbuka puasa, orang ramai perlu terus beringat bahawa virus COVID-19 serta virus lain masih ada. - Gambar hiasan/BERNAMA

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.

#PE3: Tayar kereta pecah! Shaheizy Sam dapat bantuan Abang Polis Evo
Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

Family Feud Malaysia Tamil temui peminat malam ini
Family Feud Malaysia Tamil bakal membuka tirai malam ini menerusi Astro Vinmeen di saluran 202.

Peruncit diingatkan jangan sorok, letak syarat beli gula
Peruncit diingatkan supaya tidak menyorok gula dan meletakkan syarat kepada pembeli kerana tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.