[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Sahkan Pegawai Penyiasat Tidak Patuh SOP, Gagal Mohon Bedah Siasat – Ikuti Perkembangan Di Sini
NATIONAL

Amalkan pemakanan sihat semasa musim perayaan - Dr S.Subramaniam

Bernama 03/07/2016 | 22:53 MYT
Dr S. Subramaniam dalam perutusan sempena sambutan Aidilfitri meminta orang ramai agar tidak mengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan kalori. - Gambar fail
Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengamalkan pengambilan makanan secara sihat semasa musim perayaan Aidilfitri.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam perutusan sempena sambutan Aidilfitri meminta orang ramai agar tidak mengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan kalori.

"Pesanan saya kepada semua rakyat Malaysia agar makan secara sihat kerana 'Makan Secara Sihat, Kunci Kesihatan'.

"Amalkan pemakanan yang sihat dan seterusnya rayakan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta," katanya dalam satu kenyataan.
#Dr S.Subramaniam #Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengamalkan pengambilan makanan secara sihat semasa musim perayaan Aidilfitri