BANGI: Aman Palestin Bhd, sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan bagi membantu rakyat Palestin, menyalurkan bantuan dan sumbangan wang tunai orang awam secara terus kepada penduduk di Gaza dan Tebing Barat melalui pejabatnya di Palestin.
Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Awang Suffian Awang Piut berkata pejabat Aman Palestin di Gaza yang dibuka sejak 2009, berfungsi sebagai pusat pengumpulan barangan bantuan sebelum diagihkan kepada penerima.
"Kami menyalurkan bantuan secara terus kepada penduduk Palestin tanpa melalui Kedutaan Palestin di Malaysia, dan kami memastikan semua projek bantuan yang disalurkan mengikut prosedur operasi standard dan prosedur tertentu yang telah ditetapkan.
"Kami mempunyai pejabat sendiri di Palestin untuk membolehkan bantuan dihantar terus dengan lebih pantas ke Gaza, Tebing Barat dan kawasan-kawasan lain yang memerlukan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Bagi pergerakan sumbangan ke Baitulmaqdis dan Tebing Barat, beliau berkata pihaknya mempunyai wakil yang menguruskan bantuan di sana yang juga di bawah kendalian dan pemantauan pejabat Aman Palestin di Gaza.
Awang Suffian berkata pada awal bulan ini, Aman Palestin telah menyalurkan sebanyak RM3 juta merangkumi bantuan berbentuk kewangan, makanan panas, perubatan dan pembelian dua ambulans untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.
Aman Palestin juga telah menyiapkan 13 projek infrastruktur di Palestin selain mengagihkan bantuan dalam bentuk program tahunan menerusi kempen Bantuan Ramadan Bersamamu, Bantuan Ibadah Korban di Bumi Anbia, Bantuan Musim Sejuk, Bantuan Bread for Love dan Tajaan Bulanan Kafalah (anak yatim, keluarga miskin, ibu tunggal dan dana pendidikan).
"Melalui kempen-kempen ini, secara purata puluhan juta ringgit lagi telah disalurkan setiap tahun tanpa gagal meliputi lokasi penerima manfaat bukan sahaja di dalam Palestin bahkan pelarian Palestin yang berada di Syria, Lubnan dan Yaman," katanya.
Beliau berkata sejak penubuhannya pada 2006, Aman Palestin telah mengetuai lebih 56 misi kemanusiaan dan turun padang bagi menyalurkan bantuan di samping melawat tapak pembinaan projek atau program Aman Palestin yang masih berjalan di Palestin, Syria, Lubnan, Yaman, Turkiye, Bangladesh dan Indonesia.
"Kami juga pernah mengetuai sebuah misi sukarelawan ke Gaza disertai 121 orang pada 2012. Pada ketika itu sekatan sempadan tidaklah seketat hari ini.
"Kesemua sukarelawan terlibat dapat menjadi saksi penyaluran bantuan Aman Palestin seterusnya melihat sendiri kesengsaraan penduduk Palestin dengan harapan mereka dapat menyampaikan pengalaman tersebut kepada rakyat Malaysia setelah pulang ke tanah air," katanya.
Dalam pada itu, Awang Suffian turut melahirkan rasa kesal terhadap dakwaan bahawa pihaknya tidak menyalurkan wang sumbangan awam kepada Palestin kerana ia memberi persepsi buruk kepada pertubuhan itu.
Beliau berkata walaupun kenyataan media telah dibuat bagi menangkis setiap dakwaan namun isu-isu yang tular masih berlegar saban tahun bahkan disebarkan kembali setiap kali tercetusnya konflik di Palestin.
Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran Aman Palestin Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata pihaknya melancarkan kempen Bantuan Musim Sejuk sejak awal bulan ini untuk disalurkan kepada penduduk Palestin, Syria dan Yaman.
"Dengan keperluan mendesak bagi membaiki keadaan perang yang terlampau besar, Aman Palestin bertekad mengumpulkan sumbangan sebanyak mungkin, bagi mengagihkan bantuan berbentuk kotak makanan, pemanas dan kerosin, peralatan musim sejuk dan bantuan klinikal," katanya.
Beliau berkata Aman Palestin bercadang menghantar Misi Bantuan Musim Sejuk ke Syria pada pertengahan Disember ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Awang Suffian Awang Piut berkata pejabat Aman Palestin di Gaza yang dibuka sejak 2009, berfungsi sebagai pusat pengumpulan barangan bantuan sebelum diagihkan kepada penerima. - Gambar fail/Astro AWANI

MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.

Pertahanan Young Tigers perlu diperkemas - Maninderjit
Skuad Young Tigers perlu memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan seandainya mahu menundukkan Mesir pada perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 Kejohanan JWC esok.

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
AWANI 7:45 [10/12/2023] - Penjelasan PM bersama TPM | Malam penentu All Stars Gegar Vaganza
Tiada lagi tebuk atap, atap Kerajaan Perpaduan kukuh ibarat konkrit.
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.

Jangan terlalu selesa ketika tadbir negara - PM Anwar
Perdana Menteri menasihatkan pemimpin negara supaya tidak berada pada tahap selesa ketika mentadbir negara.

'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.

Taylor's University tuan rumah majlis penutup Kem Latihan Kesihatan Qigong China-ASEAN 2023
Taylor's University menjadi tuan rumah majlis penutup Kem Latihan Kesihatan Qigong China-ASEAN 2023 sempena sambutan kerjasama antarabangsa dan pertukaran budaya pada Ahad lalu.

Izinkan pelajar berfikiran kreatif, mencabar kelaziman - Canselor UPSI
Guru yang sejati bukan sahaja hebat dalam kaedah pengajarannya, malah memiliki sifat pendidik yang semula jadi lagi berhemah, titah baginda.

Aman Palestin salur bantuan secara terus kepada penduduk
Aman Palestin Bhd menyalurkan bantuan dan sumbangan wang tunai orang awam secara terus kepada penduduk di Gaza dan Tebing Barat melalui pejabatnya di Palestin.

MRSM Ranau terima kumpulan pertama pelajar Mac tahun depan
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat itu melibatkan seramai 180 orang pelajar.

MOBIM bantu guru laksana kurikulum lebih berkesan - KPM
MOBIM yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membantu guru untuk menyampaikan kandungan pengajaran dalam tempoh masa yang diperuntukkan dengan berkesan.

India: Pencemaran udara berterusan, sekolah di New Delhi ditutup
Penduduk di New Delhi dan kawasan sekitarnya terus menghadapi tahap pencemaran udara yang sangat tidak sihat, memaksa pihak berkuasa menutup sekolah rendah dan melaksanakan langkah-langkah tambahan.

Universiti diingatkan kepentingan promosikan perpaduan dalam pendidikan - Agong
Al-Sultan Abdullah bertitah ini kerana universiti memainkan peranan penting dalam membentuk masa hadapan Malaysia dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan ia terus cemerlang.

MITRA sedia RM10.8 juta bantu kanak-kanak B40 di 167 tadika seluruh negara
MITRA memperuntukkan RM10.8 juta untuk 167 buah tadika seluruh negara bagi Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta yang berdaftar.