awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah sasar lima calon wanita menang PRN kali ini

Bernama
Bernama
07/08/2023
15:31 MYT
Amanah sasar lima calon wanita menang PRN kali ini
Aiman Athirah berkata semangat berkempen parti itu akan diteruskan dengan matlamat untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. - Gambar FB KPWKM
KOTA BHARU: Lima daripada tujuh calon wanita daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipertaruh bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu depan dilihat berpotensi menang.
Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Nasional Aiman Athirah Sabu berkata kelima-lima calon bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama di Kelantan, Kedah (Kota Siputeh, Belantik serta Sungai Limau) dan Paroi, Negeri Sembilan.
"Kalau boleh kesemuanya kita mahu menang namun lima calon di kawasan itu berpeluang dan mempunyai potensi tinggi untuk menang.
"Perkara ini mengikut keyakinan berdasarkan pemantauan yang dilakukan sejak seminggu yang lepas (kempen) selain mengambil kira kehadiran mereka yang sudah lama bersama rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Himpunan Wanita Perpaduan di sini hari ini yang turut dihadiri calon DUN Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim.
Mengulas lanjut, Aiman Athirah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata semangat berkempen parti itu akan diteruskan dengan matlamat untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.
"Berikan kami satu peluang dan kita akan lakukan perubahan demi kebajikan dan kebaikan kepada rakyat. Sepatutnya dalam tempoh 33 tahun, pentadbiran kerajaan negeri ini lebih daripada cukup untuk melakukan perubahan.
"Kita ada kepimpinan Malaysia MADANI yang memberi keadilan kepada semua lapisan masyarakat. Dalam tempoh lapan bulan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita boleh nampak ihsan dan sikap manusiawi yang diterapkan termasuk inisiatif Payung rahmah yang memberikan manfaat kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah
#pilihan raya negeri
#Malaysia Madani
#calon wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan