awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AmanahRaya giat kesan waris berhak agih RM500 juta WMD - Pengerusi

Bernama
Bernama
31/07/2024
13:27 MYT
AmanahRaya giat kesan waris berhak agih RM500 juta WMD - Pengerusi
Idrus (dua, kiri) menyerahkan replika cek sumbangan kepada Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak Datuk Sham Mat Sahat (dua, kanan) pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat 2024 Amanah Raya 'Jom Pakat Pi Bendang'. - Gambar Bernama
BAGAN SERAI: Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) akan terus giat menjejak waris RM500 juta Wang Menunggu Dituntut (WMD) atau dana tertangguh yang masih tersimpan dengan agensi itu setakat akhir Julai lepas.
Pengerusi berkenaan Tan Sri Idrus Harun berkata AmanahRaya bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pemimpin masyarakat bagi menjejak waris wang itu.
"Antara faktor utama wang itu tidak dituntut adalah kerana perbalahan yang berlaku antara penerima bahagian pusaka serta kes membabitkan kematian berlapis, sekali gus mengakibatkan harta berkenaan tidak dituntut atau diagihkan kepada penerima berhak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat 2024 'Jom Pakat Pi Bendang' di Unit Peladang Parit Haji Ali Alor Pongsu yang turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mahfuz Omar.
Idrus berkata AmanahRaya hanya berperanan sebagai pemegang amanah kepada WMD ini sehingga serahan dibuat kepada waris yang sah.
Sementara itu, mengulas mengenai program yang dianjurkan, Idrus berkata AmanahRaya turut menyalurkan sumbangan bagi membantu para petani dan peladang melalui program tanggungjawab sosial.
"Bagi memastikan kelestarian aktiviti pertanian dan pemerkasaan kebajikan pesawah dapat dikekalkan, kita turut menyumbang peralatan dan input pertanian merangkumi set lengkap pam air, pam racun, mesin rumput, rumah burung hantu termasuk baja serta racun rumpai bernilai RM100,000.
"Kita harapkan bantuan ini mampu menyuntik semangat khususnya kepada petani dan peladang untuk terus memainkan peranan yang proaktif dalam merencanakan industri pertanian dan agro makanan," katanya.
Beliau berkata turut dianjurkan ialah kenduri rakyat, gotong-royong pembersihan kawasan, sukan rakyat dan pelbagai lagi aktiviti melibatkan 300 pegawai dan anggota LPP, AmanahRaya serta ahli Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Serai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AmanahRaya
#dana tertangguh
#pemegang amanah
#aktiviti pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan