MALAYSIA
Amang seksual: Polis rakam keterangan enam individu
Polis merakam keterangan enam saksi dalam siasatan kes amang seksual kanak-kanak lelaki 11 tahun di sekolah Kampung Pandan.
KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan enam saksi bagi membantu siasatan kes amang seksual melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, di sebuah sekolah di Kampung Pandan, di sini.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya turut menjalankan siasatan berhubung kemungkinan ada murid lain yang menjadi mangsa.
"Siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan lengkap akan dirujuk kepada Pendakwa Raya dengan kadar segera untuk arahan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Fadil dilaporkan berkata seorang guru berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan dan semakan mendapati tenaga pengajar ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan direman enam hari bermula semalam hingga Khamis depan.
Jumaat lepas, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada Selasa, 4.16 petang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Polis merakam keterangan enam saksi dalam siasatan kes amang seksual kanak-kanak lelaki 11 tahun di sekolah Kampung Pandan.
- Siasatan masih berterusan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
- Seorang guru berusia 40 tahun ditahan bagi siasatan kes tersebut dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau; kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya turut menjalankan siasatan berhubung kemungkinan ada murid lain yang menjadi mangsa.
"Siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan lengkap akan dirujuk kepada Pendakwa Raya dengan kadar segera untuk arahan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Fadil dilaporkan berkata seorang guru berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan dan semakan mendapati tenaga pengajar ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan direman enam hari bermula semalam hingga Khamis depan.
Jumaat lepas, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada Selasa, 4.16 petang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak polis setelah menerima laporan kes amang seksual di sebuah sekolah di Kampung Pandan?
A: Polis telah merakam keterangan enam saksi untuk membantu siasatan kes amang seksual yang melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun. Mereka juga sedang menyiasat kemungkinan adanya murid lain yang menjadi mangsa. - Q: Siapakah yang telah ditahan berhubung kes amang seksual tersebut?
A: Seorang guru berusia 40 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan. Guru tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini direman selama enam hari bermula dari tarikh penahanan. - Q: Apa yang akan berlaku selepas kertas siasatan lengkap dirujuk kepada Pendakwa Raya?
A: Kertas siasatan lengkap akan dirujuk kepada Pendakwa Raya dengan kadar segera untuk arahan lanjut berkaitan dengan kes amang seksual tersebut.