awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran angin kencang dan laut bergelora bermula Sabtu

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2018
21:13 MYT
Amaran angin kencang dan laut bergelora bermula Sabtu
Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (km/j) sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku bermula Sabtu. -Gambar hiasan
Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (km/j) sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku bermula Sabtu, 29 Disember hingga 3 Januari depan.
Kawasan perairan utara Condore, utara Reef North dan utara Palawan ialah antara lokasi dipercayai berlaku fenomena tersebut, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada Jumaat.
Keadaan tersebut berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Fenomena angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km/j dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, selatan Palawan, Labuan dan Sabah Barat dalam tempoh sama.
Menurut kenyataan itu, keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Topic Berkaitan
#angin kencang
#Condore
#laut bergelora
#Palawan
#Reef North
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan