awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran angin kencang, laut bergelora di sekitar perairan negara hingga 26 Julai

Bernama
Bernama
19/07/2023
05:44 MYT
Amaran angin kencang, laut bergelora di sekitar perairan negara hingga 26 Julai
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara hingga Rabu depan.
MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 10.40 pagi tadi memaklumkan Amaran Kategori Kedua melibatkan kejadian angin kencang barat berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmj) dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter (m), dikeluarkan di kawasan perairan Phuket.
Menurut MetMalaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Selain itu, Amaran Kategori Pertama melibatkan fenomena angin kencang berkelajuan 40 hingga 50kmj dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara, timur laut Samui, utara Condore, utara Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#perkhidmatan feri
#amaran angin kencang
#laut bergelora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan