Amaran buat syarikat amal diskriminasi terhadap wanita bertudung

Astro Awani
September 11, 2013 23:09 MYT
Kerajaan akan mengambil tindakan ke atas syarikat yang mengamalkan diskriminasi terhadap wanita bertudung memohon untuk mendapatkan pekerjaan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius dan menyifatkan perkara itu tidak sewajarnya berlaku.
Datuk Rohani Abdul Karim juga menyeru agar wanita Islam tampil membuat aduan kepada kementerian sekiranya menjadi mangsa majikan yang menetapkan syarat tidak bertudung untuk mereka bekerja.
Klik video untuk berita penuh.
#Datuk Rohani Abdul Karim #diskriminasi wanita bertudung