awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran cuaca buruk berterusan di Pahang dan Johor

Bernama
Bernama
13/01/2018
07:09 MYT
Amaran cuaca buruk berterusan di Pahang dan Johor
amaran cuaca buruk itu adalah bagi tempoh sehingga tengah malam ini. - Gambar hiasan
Cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di Segamat, Mersing, dan Kota Tinggi di Johor serta daerah Rompin, Pekan dan Kuantan di Pahang, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata amaran cuaca buruk itu adalah bagi tempoh sehingga tengah malam ini.
Pada masa sama, kebanyakan negeri di Semenanjung sedang mengalami suhu rendah berbanding kebiasaan berikutan cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut.
"Keadaan ini dijangka berterusan sehingga esok.
"Berikutan luruan angin timur laut ini, angin kencang melebihi 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung sehingga esok," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alui Bahari
#cuaca
#hujan
#Jabatan Meteorologi
#Kota Tinggi
#Pantai Timur
#Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan