MALAYSIA
Amaran cuaca buruk: Jawatankuasa Pengurusan Bencana diarah tingkat kesiapsiagaan
Jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah perlu meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk menghadapi bencana terutama di kawasan berisiko tinggi susulan amaran hujan berterusan peringkat buruk serta waspada di enam negeri. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah perlu meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk menghadapi bencana terutama di kawasan berisiko tinggi susulan amaran hujan berterusan peringkat buruk serta waspada di enam negeri.
Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi notis kesiapsiagaan operasi bencana dikeluarkan hari ini, memaklumkan akan memantau situasi itu dengan kerjasama pelbagai pihak berkaitan.
"Pihak jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah dimohon memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi keperluan asas.
"Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) perlu mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan," menurut notis itu.
NDCC memaklumkan siap siaga untuk menerima maklumat, bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa melalui talian 03-8064 2400, faksimili 03-8064 2429 dan e-mel opsroom@nadma.gov.my.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan bermula hari ini hingga 24 Nov.
Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) untuk tempoh sama manakala situasi serupa diramal di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu sehingga 26 Nov.
-- BERNAMA