[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Johor, Sabah, Sarawak - MetMalaysia

Bernama 23/03/2021 | 03:05 MYT
Beberapa kawasan di Johor, Sarawak dan Sabah dijangka alami hujan lebat sehingga Khamis. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Johor ialah Mersing dan Kota Tinggi bermula esok sehingga Khamis ini.
Sementara itu, di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit serta Tawau (Sabah) hari ini.
-- BERNAMA
#hujan #MetMalaysia #amaran #cuaca #waspada #Johor #Sarawak #Sabah