Amaran cuaca waspada peringkat kuning di beberapa kawasan di Sabah

Bernama
Julai 24, 2020 15:54 MYT
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah. -Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah sehingga esok.
Berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon, kawasan berkenaan termasuk bahagian Pantai Barat Sabah, Pedalaman Sabah, Kudat, Sandakan (Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Sandakan) serta Tawau (Tawau, Lahad Datu dan Kunak).
"Angin kencang 40-50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Sabah dalam tempoh tersebut.
Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Amaran Cuaca #Jabatan Meteorologi Malaysia #Jailan Simon #MetMalaysia #ombak #Sabah