MALAYSIA

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu bermula 7 Dis

Bernama 05/12/2022 | 09:07 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di dua negeri bermula 7 hingga 9 Dis. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di dua negeri bermula 7 hingga 9 Dis.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan diramalkan berlaku di Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

-- BERNAMA
#MetMalaysia #hujan berterusan #Kelantan #terengganu