MALAYSIA

Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini

Bernama 27/12/2025 | 07:10 MYT
Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dikeluarkan oleh MetMalaysia untuk Pahang dan Johor hingga Isnin ini, dengan kawasan seperti Kuantan, Pekan, Rompin, dan Mersing terjejas. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini.


Ringkasan AI
  • Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dikeluarkan oleh MetMalaysia untuk Pahang dan Johor hingga Isnin ini, dengan kawasan seperti Kuantan, Pekan, Rompin, dan Mersing terjejas.
  • Selain itu, amaran hujan lebat tahap waspada juga diberikan untuk beberapa kawasan lain termasuk Kelantan, Terengganu, Jerantut, Maran, Bera, Segamat, Kluang, dan Kota Tinggi.
  • Cuaca buruk seperti ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 6 petang ini.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor melibatkan Mersing.

Amaran hujan lebat tahap waspada turut dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran serta Bera) dan Johor (Segamat, Kluang serta Kota Tinggi).

Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang pula dijangka berlaku di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan setakat 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Batang Padang di Perak serta Tanah Tinggi Cameron dan Lipis di Pahang selain Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Batu Pahat dan Pontian).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat, selain Labuan.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Kawasan yang terjejas oleh amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang dan Johor ialah di mana?
    A: Kawasan yang terjejas termasuk Kuantan, Pekan, Rompin (Pahang) dan Mersing (Johor).
  • Q: Selain Pahang dan Johor, negeri-negeri lain yang turut menerima amaran hujan lebat tahap waspada adalah yang mana?
    A: Negeri-negeri yang turut menerima amaran hujan lebat tahap waspada termasuk Kelantan, Terengganu, Jerantut, Maran, Bera, Segamat, Kluang, dan Kota Tinggi.
  • Q: Apa sahaja cuaca buruk yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Malaysia menurut kenyataan MetMalaysia?
    A: Cuaca buruk seperti ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan pada waktu ini.



#hujan lebat #cuaca buruk #MetMalaysia #tahap buruk