NATIONAL
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga Khamis ini. -Gambar fail/Unsplash
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga Khamis ini.
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga Khamis ini.
- Amaran hujan berterusan juga dikeluarkan untuk Pahang, Johor, dan Sabah mulai Khamis hingga Jumaat.
- Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, dan talian hotline 1-300-22-1638.
Di Pahang, ia melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Beliau berkata bagi Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
"Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami