MALAYSIA
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah - MetMalaysia
Masjid Bandar Kuching diliputi awan mendung dirakam dari atas Jambatan Darul Hana, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri (Subis) di Sarawak bermula hari ini sehingga esok.
Sementara di Sabah, hujan berterusan diramal bermula pada Ahad sehingga Selasa melibatkan kawasan Pantai Barat iaitu Ranau, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
-- BERNAMA
#amaran hujan berterusan
#Sarawak
#Sabah
#MetMalaysia
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#tahap waspada
#Kuching