[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
NATIONAL

Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember

Intan Shanim Sulaiman 05/12/2024 | 06:16 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember (Dis) ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa hujan lebat berterusan dijangka berlaku bermula 8 hingga 11 Dis di seluruh negeri Kelantan, Terengganu dan Perlis.
Di Kedah ia membabitkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, dan Baling manakala di Perak membabitkan Hulu Perak.
Selain itu, amaran sama diramal bermula 9 Dis hingga 11 Dis di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
#terengganu #Kelantan #Banjir 2024 #MetMalaysia #amaran hujan lebat #monsun timur laut