MALAYSIA

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Labuan, Sabah hingga esok

Bernama 04/11/2025 | 09:30 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah hingga esok. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah berkuat kuasa hingga esok.


Ringkasan AI
  • Amaran hujan berterusan tahap buruk dikeluarkan oleh MetMalaysia untuk Labuan dan beberapa kawasan di Sabah.
  • Kawasan yang terjejas di Sabah termasuk Pedalaman dan Pantai Barat seperti Kuala Penyu, Papar, dan Kota Kinabalu.
  • MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.


MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

"Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan berkuat kuasa hingga esok melibatkan dua kawasan di pedalaman Sabah, iaitu di Sipitang dan Kudat.

"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan," menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638.

-- BERNAMA

#MetMalaysia #ramalan cuaca #hujan lebat #Sabah