MALAYSIA
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak sehingga 13 Feb
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak dijangka berlaku sehingga Selasa (13 Feb). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak dijangka berlaku sehingga Selasa (13 Feb).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Serian dan Samarahan.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran tahap waspada bagi tempoh sama di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan daerah Kapit iaitu Song dan Bukit Mabong.
-- BERNAMA