Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Amaran hujan berterusan, tahap waspada di enam negeri hingga 26 Nov - MetMalaysia

Bernama 21/11/2025 | 11:04 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan enam negeri bermula hari ini. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan enam negeri bermula hari ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (merangkumi daerah Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) hingga Isnin (24 Nov).

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Kelantan dan Terengganu hingga Rabu ini (26 Nov).

"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

"Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

#MetMalaysia #tahap waspada #amaran hujan #hujan berterusan