MALAYSIA
Amaran hujan berterusan, tahap waspada di enam negeri hingga Jumaat - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri, dijangka berlaku pada Rabu hingga Jumaat ini. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri, dijangka berlaku pada Rabu hingga Jumaat ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).
Amaran sama juga dikeluarkan bagi Kelantan dan Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
-- BERNAMA