MALAYSIA

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak, Sabah bermula Jumaat ini

Bernama 27/01/2026 | 08:00 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah, bermula Jumaat ini. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah, bermula Jumaat ini.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak iaitu Bintulu, Miri dan Limbang pada 30 hingga 31 Jan ini.

Keadaan sama turut diramalkan melanda beberapa daerah di Sabah melibatkan Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat bermula 30 Jan hingga 1 Feb.

-- BERNAMA




#amaran hujan berterusan #MetMalaysia #tahap waspada #Sabah #Sarawak