Amaran hujan lebat berterusan di Pahang dan Johor hingga esok

Bernama
Januari 6, 2024 07:46 MYT
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Isnin. - Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan melibatkan timur Pahang dan Johor sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataannya turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Isnin.
Jabatan itu memaklumkan ia susulan penumpuan angin timuran yang dijangka berlaku di Pahang, Johor, Sarawak dan timur Sabah sehingga Selasa, sekali gus menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.
-- BERNAMA
#amaran hujan lebat #MetMalaysia #Pahang #Johor