KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat, dijangka berlaku di beberapa tempat di seluruh negara sehingga 7 malam ini.

Menerusi akaun Twitter MetMalaysia hari ini, antara negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah di Kubang Pasu, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang antara kawasan yang terlibat seperti Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Di Perak iaitu Kerian Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak Batang Padang dan Muallim.

"Di Kelantan di Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang, Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin) Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Rembau dan Tampin)," menurut ciapan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 3.55 petang hari ini.

Dalam masa sama, empat lagi negeri yang terlibat adalah Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sarawak (Kuching, Serian Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu (Selangau), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang), Sabah (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu) dan Labuan. - BERNAMA