[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Amaran hujan lebat sehingga esok di Pahang

Bernama 07/12/2013 | 10:32 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Pahang yang dijangka berterusan sehingga pagi esok.
Menurut kenyataan jabatan itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di beberapa daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh, Bera dan Maran.
"Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah," menurut kenyataan itu.
#amaran #hujan lebat #Pahang