MALAYSIA
Amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri hingga 7 pagi
MetMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 7 pagi, Jumaat.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 2.20 pagi tadi, kawasan di Johor yang dijangka terjejas ialah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Di Sarawak, amaran membabitkan kawasan Betong (Kabong), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).
Manakala di Sabah melibatkan Kuala Penyu dan Beaufort (Pedalaman), Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud (Pantai Barat), serta Sandakan dan Kudat.
Wilayah Persekutuan Labuan turut berada dalam senarai kawasan yang dijangka mengalami keadaan cuaca buruk itu.
MetMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek dan berkuat kuasa dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang di Johor, Sarawak, Sabah, serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pagi Jumaat.
- Kawasan yang dijangka terjejas termasuk Pontian, Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru, Betong (Kabong), Mukah, Bintulu, Miri (Subis dan Miri), Kuala Penyu, Beaufort (Pedalaman), Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud (Pantai Barat), Sandakan, Kudat, dan Labuan.
- Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20mm sejam yang dijangka berlarutan melebihi satu jam; amaran ini berkuat kuasa selama tidak melebihi enam jam.