Amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara sehingga 3 pagi

Astro Awani
Mei 7, 2020 16:23 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara. - Gambar fail
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 3.00 pagi, esok.
MetMalaysia dalam kenyataan setakat 11.00 malam ini memaklumkan, negeri yang dijangka terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Kawasan lain yang diramal turut terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang di Kedah; Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong di Pahang dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
“Selain itu, di Selangor kawasan yang dijangka terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang manakala di Johor ialah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” menurut kenyataan itu.
#amaran ribut petir #cuaca #Hulu Selangor #Jabatan Meteorologi Malaysia #Johor Bahru #kaji cuaca #Kedah #Kubang Pasu #Langkawi #MetMalaysia #Negeri Sembilan #Pahang