awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran ribut petir di beberapa negeri sehingga 9 pagi - MetMalaysia

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
03/12/2025
22:15 MYT
Amaran ribut petir di beberapa negeri sehingga 9 pagi - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri susulan jangkaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 pagi ini.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri susulan jangkaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 pagi ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat di Perak ialah Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Di Pahang, amaran membabitkan daerah Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin.
Amaran turut dikeluarkan bagi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, serta Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.
Di Melaka, kawasan terlibat ialah Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Bagi Sarawak pula, amaran ribut petir melibatkan daerah Bau dan Kuching di Bahagian Kuching, serta Samarahan dan Asajaya di Bahagian Samarahan.
Dalam kenyataan yang dikongsi di akaun Facebook, MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.
Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap satu keluaran.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan aktiviti luar ketika cuaca buruk serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#angin kencang
#ribut petir
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan