MALAYSIA

Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri, Wilayah Persekutuan

Bernama 13/11/2025 | 11:16 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 9 malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan pada petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit, Bintulu dan Limbang (Lawas).

Selain itu, amaran itu turut membabitkan Sabah di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) serta Kudat.

-- BERNAMA

#amaran ribut petir #hujan lebat #angin kencang #MetMalaysia