Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 11 pagi ini - MetMalaysia

Bernama 10/08/2025 | 01:45 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga 11 pagi ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga 11 pagi ini.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Kedah iaitu di daerah Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik, serta beberapa kawasan di Pulau Pinang iaitu di barat daya dan barat laut negeri itu serta Seberang Perai Utara.

Keadaan cuaca sama turut diramalkan di beberapa kawasan di Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Amaran tersebut turut membabitkan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka, Johor (Tangkak) dan Sabah (Tawau dan Semporna).

-- BERNAMA


#ribut petir #hujan lebat #angin kencang #MetMalaysia