MALAYSIA
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga 5 petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan pada petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung dan Kinta.
Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Kelantan melibatkan Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan).
Selain itu, amaran berkenaan turut membabitkan Sarawak di Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Mukah (Daro), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Marudi) dan Limbang.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
-- BERNAMA