GADGETS

Amazon rancang ganti 600,000 pekerja dengan robot menjelang 2033

Amanz 22/10/2025 | 11:23 MYT
Amazon merancang menggantikan lebih 600,000 pekerja dengan robot menjelang 2033, bermula dengan 160,000 pekerja seawal 2027. -Foto Amanz
MESIN tenun automatik menggantikan pekerja manusia ketika Revolusi Perindustrian yang menjadikan Britain kuasa besar dunia dan mengurangkan kos menghasilkan kain kapas.


Ringkasan AI
  • Amazon merancang menggantikan lebih 600,000 pekerja dengan robot menjelang 2033, bermula dengan 160,000 pekerja seawal 2027, bagi mengurangkan kos operasi.
  • Langkah ini dijangka menjimatkan sehingga $12.6 bilion antara 2025 hingga 2027, dengan sasaran 75% operasi dikendalikan robot pada masa hadapan.
  • Amazon kini menggunakan lebih 1 juta robot dengan teknologi DeepFleet dan sedang membangunkan robot Vulcan untuk meningkatkan kecekapan operasi gudang dan penghantaran.


Kemudiannya pada dekad 1960an, penggunaan robot di kilang kereta sekali lagi mengakibatkan pekerja manusia kehilangan kerja.

Industri seterusnya yang akan terjejas kerana automasi ialah edagang dengan Amazon dilaporkan ingin membuang lebih 600,000 pekerja manusia dengan robot menjelang 2033.

Menurut laporan The New York Times yang melihat dokumen dalaman Amazon, pada peringkat awal sebanyak 160,000 pekerja akan digantikan seawal 2027.

Ini dipercayai dapat mengurangkan kos operasi sebanyak 30 sen untuk setiap bungkusan. Amazon dapat melakukan penjimatan sebanyak $12.6 bilion antara 2025-2027 menerusi penggunaan robot.

Dalam dokumen yang sama, Amazon menyasarkan 75% operasi mereka akan dilakukan oleh robot di masa hadapan.

Amazon adalah antara syarikat Amerika yang terawal menguji penggunaan robot di gudang mereka dan proses penghantaran bungkusan jarak dekat.

Tahun ini mereka mengumumkan penggunaan 1 juta robot dengan teknologi DeepFleet di gudang mereka dan pembangunan robot Vulcan yang boleh memegang bungkusan dengan cermat. -Amanz






#Amazon #ganti pekerja dengan robot #kos operasi #DeepFleet