GADGETS

Amazon saman Perplexity, dakwa langgar terma pembelian, ancam keselamatan pengguna

Amanz 06/11/2025 | 05:30 MYT
Amazon memfailkan saman terhadap syarikat Perplexity berhubung penggunaan agen AI Comet yang didakwa melanggar terma perkhidmatan, merisikokan keselamatan pengguna, dan mengakses akaun pelanggan Amazon tanpa kebenaran. -Gambar fail/Reuters
AMAZON telah memfailkan saman terhadap syarikat kecerdasan buatan Perplexity susulan penggunaan agen AI mereka, Comet, yang didakwa melanggar terma perkhidmatan dan menimbulkan risiko keselamatan terhadap pengguna.


Ringkasan AI
  • Amazon memfailkan saman terhadap syarikat Perplexity berhubung penggunaan agen AI Comet yang didakwa melanggar terma perkhidmatan, merisikokan keselamatan pengguna, dan mengakses akaun pelanggan Amazon tanpa kebenaran.
  • Perplexity disifatkan telah mengabaikan arahan Amazon untuk menghentikan aktiviti Comet yang membenarkan penggunaan automasi pembelian barangan tanpa pengenalan, menimbulkan risiko keselamatan data dan integriti sistem pembelian.
  • Perplexity menolak tuduhan Amazon dengan menyifatkan tindakan syarikat itu sebagai ugutan undang-undang, sambil menyatakan bahawa tindakan Amazon adalah ancaman kepada kebebasan pengguna internet, manakala kes ini dijangka memberi impak besar kepada pengawalan agen AI dalam ekosistem e-dagang dan teknologi masa depan.


Menurut laporan TechCrunch, Amazon mendakwa Comet membolehkan pengguna mengautomasikan pembelian barangan di laman e-dagang mereka, termasuk membuat tempahan secara automatik sambil menyamar sebagai aktiviti manusia biasa.

Perplexity didapati mengakses akaun pelanggan Amazon tanpa pengenalan sebagai agen AI, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan data dan integriti sistem pembelian.

Amazon menyatakan bahawa mereka telah beberapa kali meminta Perplexity menghentikan aktiviti tersebut, namun tidak diendahkan.

Syarikat itu menegaskan bahawa aplikasi pihak ketiga perlu beroperasi secara terbuka dan menghormati keputusan perniagaan sekiranya tidak mahu bekerjasama.

Dalam kenyataan balas, Perplexity menyifatkan tindakan Amazon sebagai ugutan undang-undang dan menegaskan bahawa agen AI mereka bertindak atas arahan pengguna, sekali gus mempunyai hak akses yang sama seperti pengguna manusia.

Perplexity turut menerbitkan kenyataan bertajuk "Bullying is not innovation", menyatakan bahawa tindakan Amazon adalah ancaman kepada kebebasan pengguna internet.

Kes ini dijangka menjadi penentu kepada bagaimana agen AI akan diklasifikasikan dan dikawal selia dalam ekosistem e-dagang dan teknologi masa depan.

Untuk makluman, Amazon sendiri sedang membangunkan agen AI mereka tersendiri dikenali sebagai Rufus, selain melabur dalam teknologi AI melalui perkhidmatan Alexa. -Amanz







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan Amazon memfailkan saman terhadap syarikat kecerdasan buatan Perplexity?
    A: Amazon mendakwa Perplexity menggunakan agen AI Comet secara tidak sah yang melanggar terma perkhidmatan dan menimbulkan risiko keselamatan terhadap pengguna.
  • Q: Apa yang dilakukan Comet, agen AI Perplexity, yang menyebabkan kebimbangan terhadap keselamatan data pelanggan Amazon?
    A: Comet membolehkan pengguna mengautomasikan pembelian barangan di laman e-dagang Amazon secara automatik dengan menyamar sebagai aktiviti manusia biasa tanpa pengenalan sebagai agen AI.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Amazon selepas meminta Perplexity menghentikan aktiviti yang meragukan itu?
    A: Amazon menyatakan bahawa mereka telah beberapa kali meminta Perplexity menghentikan aktiviti tersebut, namun permintaan mereka tidak diendahkan.
  • Q: Apakah respons Perplexity terhadap tindakan undang-undang yang diambil oleh Amazon?
    A: Perplexity menyifatkan tindakan Amazon sebagai ugutan undang-undang dan menegaskan bahawa agen AI mereka bertindak atas arahan pengguna serta mempunyai hak akses yang sama seperti pengguna manusia.
  • Q: Apa yang dimaksudkan Perplexity dengan kenyataan "Bullying is not innovation" dalam konteks kes ini?
    A: Dalam kenyataan tersebut, Perplexity menyatakan bahawa tindakan Amazon dianggap sebagai ancaman terhadap kebebasan pengguna internet, merangsang perdebatan tentang klasifikasi dan kawalan selia agen AI dalam ekosistem e-dagang dan teknologi masa depan.



#Amazon #Perplexity #Comet #keselamatan pengguna #akses akaun pelanggan tanpa kebenaran